Empat Soalan dari Kereta mayat.
Siapakah makhluk yang tidak bercakap dengan Allah, tapi DERHAKA sampai kiamat?
Jawapan: Orang kafir
Siapakah makhluk yang tidak bercakap dengan Allah, tapi TAAT sampai kiamat?
Jawapan: Orang beriman
Siapakah makhluk yang bercakap dengan Allah, tapi TAAT sampai kiamat?
Jawapan: Malaikat
Siapakah makhluk yang bercakap dengan Allah, tapi DERHAKA sampai kiamat?
Jawapan Iblis dan syaitan.
Dari empat jawapan ini maka menjawablah soalan korang yang bertanya:
“Abang mayat, kenapa Allah tak bercakap terus dengan manusia, kenapa nak kena wakil Nabi? Kan senang jika Allah cakap direct ke telinga kita, terus semua sembah Allah tak ada gadoh gadoh”
Jadi Jawapannya:
“Ini masuk bab Iradat, Allah Maha Berkehendak, Maka siapalah kita untuk pertikaikan Kehendak Allah, lalu sudah kehendak Allah nak cipta manusia, diuji susah, diwakilkan Nabi, dan siapa yang ikut Nabi masuk syurga, siapa tak ikut Nabi akan masuk neraka, sudah itu kehendak Allah, kita sebagai hamba ciptaanya nak pertikai apa lagi, sedangkan pilihan telah di beri”
“Tapi dengan Iradat macam tu, ramai akan masuk neraka, kenapa Allah tak bercakap terus dengan manusia direct ke telinga, terus semua sembah Allah dan masuk syurga”
“Saudara, Iradat Allah juga sudah buat makluk yang Allah bercakap direct iaitu Malaikat, dan semua malaikat sembah Allah, lepas tu baru Allah cipta manusia, dan waktu itu ada pulak makluk yang bercakap direct dengan Allah jugak tapi derhaka, iaitu iblis, jadi Allah cipta manusia untuk uji sama ada nak jadi baik macam malaikat atau jahat macam iblis, pilihan di tangan kita”
“Okey macam dah faham”
“apa yang kamu faham?”
“Faham bab Iradat, Allah dah cipta malaikat yang bercakap direct dengan Allah, semua taat, Allah juga dah cipta iblis yang bercakap direct dengan Allah, tapi semua derhaka, lalu Allah cipta manusia yang tak bercakap direct dengan Allah dan pilihan di tangan kita nak pilih syurga atau neraka”
“Setuju”
“okey, sila kagum dari dekat”
Woha!